Sunday 1 May 2011

JEM NENAS - BUATAN SENDIRI

   Nenas adalah bahan utama dalam pembuatan kuih tart.
Selain dibuat inti untuk kuih tart, jem nenas juga boleh disimpan
dan dimakan bersama roti atau biskut.
Inginkah anda membuat jem nenas sendiri ? Anda boleh memproses
sendiri jem nenas kerana rasanya lebih sedap dan enak berbanding
dengan jem nenas yang dibeli dipasaran.






JEM NENAS - BUATAN SENDIRI
SUMBER: MAJALAH KELUARGA


BAHAN - BAHANNYA


3 Biji Nenas
360 gm.Gula Pasir
450 gm. Gula Batu
1 sudu teh Esen Vanila




( 1 ) Parut Nanas tanpa air (menggunakan masin parut kelapa) dan masak atas api
        hingga keluar jusnya.


( 2 ) Masukkan gula pasir dan gaul sebati.


( 3 ) Kemudian masukkan pula gula gatu diikuti dengan esen vanila. kacau lagi hingga
       berwarna kuning-kekuningan.Angkat dan sejukkan. Boleh letak dalam bekas
       kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment