Saturday, 5 May 2012

KEK BELANG PELANGI





KEK BELANG PELANGI
RESEPI : PUAN NORAZIAN, KELANA JAYA


BAHAN-BAHANNYA
1 1/2 Cawan Marjerin
1 1/2 Cawan Gula Halus
2 1/2 Cawan Tepung Gandum
2 sdt Serbuk Penaik
2 sdt Sudu Pekat
1 sdt Esen Ros
5 Biji Telur - gred A
Pewarna Merah dan Hijau




CARA MEMBUATNYA
   Pukul marjerin dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji 
demi sebiji sambil terus dipukul rata. Tambahkan susu pekat dan 
esen ros diikuti tepung gandum yang sudah diayak bersama serbuk 
penaik.
   Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Satu bahagian diwarnakan 
dengan pewarna merah, satu bahagian lagi diwarnakan dengan pewarna 
hijau dan satu bahagian lagi dibiarkan dengan warna asli. Mulakan 
melapis dengan adunan berwarna asli, diikuti warna hijau dan seterusnya 
warna merah. Buat proses melapis sehingga habis semua adunan. Pastikan 
bahagian atasnya berwarna asli.
   Akhir sekali buatlah silang pangkah pada permukaan adunan yang siap 
dilapis untuk mendapatkan corak menarik pada kek. Bakar hingga masak.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment

Post a Comment