BISKUT BADAM STRAWBERI
BAHAN-BAHAN UNTUK SUGAR DOUGH :
165 gm Mentega
65 gm Gula Kastor
Sedikit Garam
Sedikit Perasa Vanila
1/2 Biji Telur
250 gm Tepung Gadum
CARA-CARA MEMBUAT SUGAR DOUGH
Pukul mentega, gula kastor, perasa vanila dan garam seketika
sehingga lembut. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau
rata. Akhir sekali masukkan tepung dan uli adunan sehingga
menjadi doh.Canai doh setebal 1/2 cm dan terap dengan acuan
bulat. Susun didalam dulang pembakar yang telah dilenser dengan
sedikit mentega.
BAHAN-BAHAN UNTUK BISKUT
175 gm Mentega
75 gm Gula Aising
1/2 sdt Perasa Vanila
1/2 sdt Pes Lemon
1 1/2 Biji Kuning Telur
Sedikit Jem Strawberi - untuk inti
Sedikit Coklat Masakan - untuk hiasan
CARA-CARA MEMBUATNYA
Pukul mentega, gula aising, perasa vanila dan pes lemon sehingga
kembang. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan kacau rata.
Masukkan adunan didalam 'beg piping' yang diletakkan muncung
bintang dan picitkan dibahagiantepi doh yang diterap bulat tadi.
Bakar sehingga masak dengan suhu 160 'C selama 20 minit.
Sejukkan. Letakkan jem ditengah-tengah biskut. Hias dengan coklat
masakan.
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment