KEK VANILA CIP
RESEPI : PUAN NORAZIAN, KELANA JAYA
BAHAN-BAHANNYA
1 1/2 Cawan Gula Halus
1 1/2 Cawan Marjerin
2 1/2 Cawan T epung Gandum
2 sdb Serbuk Penaik
2 sdb Susu Pekat
1 Sdt Esen Vanila
5 Biji Telur - gred A
1/2 Cawan Coklat Urai
CARA MEMBUATNYA
Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi
sebiji sambil terus dipukul rata. Tambahkan esen vanila dan susu pekat
diikuti dengan tepung yang sudah diayak bersama serbuk penaik. Gaul
rata. Akhir sekali masukkan coklat urai dan gaul lagi hingga adunan
menjadi sebati.
Masukkan adunan kedalam loyang pembakar dan bakar sehingga
masak.
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment