BISKUT CIP MENTEGA KACANG NESTUM
BAHAN - BAHANNYA
2 Cawan Tepung Gandum1/2 cmt Serbuk Penaik
1/2 cmt Soda Bikarbonat
1/4 cmt Garam
1 1/2 Cawan Bijiran Nestum@Oat
1/2 Cawan Cip Coklat
1/2 Cawan Cincangan Walnut
150 gm Mentega@Marjerin
100 gm Lelemak Sayuran
100 gm Mentega Kacang Kasar
1 1/4 Cawan Padat Gula Perang
1 cmt Esen Vanila
1 Biji Telur
Walnut
CARA MEMBUATNYA
Ayak bersama tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat
dan garam. Masukkan bijiran nestum@oat, cip coklat dan cincangan
walnut. Ketepikan. Pukul mentega, lelemak sayuran, mentega kacang
dan gula hingga sebati. Masukkan esen vanila dan telur, pukul sebati.
Masukkan campuran tepung. Kaup dan balikkan sehingga adunan
menjadi sebati.
Ambil satu camca teh aduan, bentukkan kebentuk yang disukai. Letak
diatas dulang pembakar yang telah dilenser. Ratakan sedikit dan hias
dengan walnut. Bakar didalam ketuhar bersuhu 180 'C selama 10 - 15
minit atau sehingga masak kekuningan.
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment