HIRISAN CARROT OAT BERKEJU NESTUM
BAHAN-BAHANNYA
1 Cawan Tepung Naik Sendiri
1 cmt Serbuk Kulit Kayu Manis
1/2 Cawan Bijiran Nestum@Oat
1/2 Cawan Cip Coklat
1/2 Cawan Parutan Lobak Merah
100 gm Mentega@Marjerin
1/3 Cawan Gula Kastor
1 Biji Telur
1 cmt Esen Vanila
1/2 Cawan Natural Yogurt Nestle
BAHAN KRIM
125 gm Keju Mascaphon atau Keju Krim
1/4 Cawan Gula Aising - diayak
2 cmb Natural Yogurt Nestle
2 cmb Jus Lemon
1 cmb Parutan Kulit Lemon
CARA MEMBUATNYA
Ayak tepung gandum bersama serbuk kayu manis. Gaul bersama
bijirin nestum, cip coklat dan parutan lobak merah. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan esen
vanila. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan campuran tepung berselang
seli dengan yogurt sambil dikaup balik adunan hingga rata dan sebati.
Masukkan adunan kedalam loyang berukuran 9 x 9 yang telah dialas
dengan kertas aluminium, ratakan. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 'C
selama 30 - 45 minit atau hingga masak kekuningan. Sejukkan.
Sementara itu, pukul bahan krim hingga berkrim dan sapu diatas hirisan
yang telah sejuk tadi. Potong hirisan menjadi kepingan-keping biskut.
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment