Saturday, 5 May 2012

BISKUT GANACHE




BISKUT GANACHE


BAHAN-BAHANNYA
200 gm Mentega
100 gm Gula Kastor
2 Biji Kuning Telur - gred B
300 gm Tepung Gandum
150 gm Coklat Masakan


CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur 
dan kacau sebati. Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi 
doh. Canai setebal 1/2 cm dan terap mengikut bentuk yang disukai. 
   Bahagikan adunan yang diterap tadi kepada dua bahagiann. Satu 
bahagian dilubangkan bahagian tengahnya. Bakar sehingga masak 
dengan suhu 170 'C. Sejukkan.
   Letakkan biskut yang berlubang diatas biskut yang tidak berlubang. 
Taburkan 'snow powder' diatasnya. Cairkan coklat menggunakan teknik 
'double boiler'. Angkat dan kacau sehingga pekat dan masukkan didalam 
'piping beg' yang diletakkan muncung bintang. Picitkan coklat tadi 
dibahagian tengah biskut.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment