KEK KUKUS PELANGI NESTUM
BAHAN-BAHANNYA
250 gm Mentega atau Marjerin
150 gm Gula Kastor
3 Biji Telur
1/2 Caw an Tepung Naik Sendiri
1/2 Cawan Serbuk Badam
1 1/2 Bijirin Nestum
1/2 x 397 gm Susu Isian Manis - Cap Teko
1 sdt Esen Vanila
Pewarna Merah,
Kuning dan Hijau
CARA MEMBUATNYA
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi
sebiji dan pukul sebati setiap kali telur dimasukkan. Madukkan susu dan
esen vanila. Masukkan tepung yang telah digaul rata bersama badam dan
bijirin nestum. Kaup balikkan sehingga adunan menjadi sebati.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan dengan pewarna
hijau, kuning dan merah. Sediakan loyang untuk mengukus berukuran
7 x 7 inch yang telah dilenser serta dialas dengan kertas kalis minyak.
Sendukkan 1/3 bahagian kuning kedalam loyang dan ratakan. Kukus
selama 10 minit.Untuk lapisan kedua masuklan 1/3 adunan berwarna
hijau dan ratakan. Kukus selama 5 minit. Untuk lapisan ketiga masukkan
1/3 adunan berwarna merah dan kukus selama 5 minit. Ulangi proses
melapis sehingga adunan habis dan kukus lapisan terakhir selama 15 minit.
Setelah masak biarkan sejuk didalam loyang.
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment