BISKUT HIRISAN KEKACANG
SUMBER: BUKU BICARA BISKUT WENDY KOR
BAHAN - BAHANNYA
250 gm. Mentega
150 gm. Gula Aising
1/2 sudu teh Garam
2 biji Putih Telur
1 sudu teh Esen Vanila
430 gm. Tepung Superfine
50 gm. Biji Labu ( Kuaci Putih )
50 gm. Kacang Badam
50 gm. Kacang Pistachio
CARA MEMBUATNYA
Pukul mentega, gula aising dan garam sehingga kembang dan berkrim.Masukkan
perlahan, putih telur dan esen vanila. Putar pada kelajuan sederhanaselama 3 minit.
Kemudian masukkan tepung gandum, biji labu, kacang badam dankacang pistachio.
Putar sehingga adunan menjadi sebati.
Ratakan doh dalam plastik dengan penggiling doh kepada bentuk panjang. Bakar
dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180 'C selama 20 minit. Biarkan
doh yang sudah dibakar semalaman.
Potong doh dan susun didalam dulang pembakar yang telah digris. Bakar dalam
ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150 'C selama 15 minit sehingga biskut
masak keperangan.
No comments:
Post a Comment