BISKUT PUTARAN LEMON
BAHAN-BAHANNYA
120 gm Mentega
35 gm Gula Aising
130 gm Tepung Jagung {
20 gm Tepung Susu { diayak bersama
40 gm Tepung Gandum {
1 sdt Perisa Lemon
Sedikit Ceri Merah - dicincang
CARA MEMBUATNYA
Pukul mentega dan gula sehingga adunan menjadi
gebu. Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan uli sebati
hingga menjadi doh lembut.
Masukkan doh kedalam nozzle, tekan dan buat bentuk
bunga dahlia. Letakkan ceri merah ditengah-tengah biskut.
Bakar didalam ketuhar pada suhu 180 'C selama 25 minit.
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment